Somalia (bahasa Somali: Soomaaliya; bahasa Arab: الصومال, As-Sumal), rasmi dinamakan Republik Persekutuan Somalia yang dulunya dikenali sebagai Republik Demokratik Somalia, merupakan sebuah negara di Tanduk Afrika (Horn of Africa). Ia bersempadankan Djibouti di barat laut, Kenya di barat daya, Teluk Aden dengan Yaman ke utara, Lautan Hindi ke timur, dan Ethiopia di barat.