Presiden Republik Islam Iran | |
---|---|
![]() Lambang Republik Islam Iran | |
Anggota bagi | Kabinet Iran ![]() |
Bidang kuasa | Iran ![]() |
Kediaman | Sa'dabad Palace (en) ![]() ![]() |
Dilantik oleh | Hak mengundi sejagat ![]() |
Tempoh jawatan | 4 tahun, boleh diperbaharui sekali |
Dibentuk | 4 Februari 1980 ![]() |
Timbalan/naib | Vice President of Iran (en) ![]() ![]() |
Senarai | Senarai Presiden Iran ![]() |
Tapak web | Pejabat Presiden |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Presiden Iran merupakan ketua kerajaan Republik Islam Iran. Setiap presiden dilantik melalui pilihan raya dan akan memimpin kerajaan Iran selama empat tahun. Presiden Iran sekarang ialah sejak 28 Julai 2024 Masoud Pezeshkian. Pendahulunya ialah Mohammad Mokhber, yang memegang jawatan selepas kematian Ebrahim Raisi akibat nahas helikopter pada 19 Mei 2024.
Presiden Iran adalah jawatan tertinggi yang dilantik rasmi dalam Republik Islam Iran, jawatan kedua tertinggi di Iran. Menurut Perlembagaan Republik Islam Iran presiden bertanggungjawab untuk "fungsi-fungsi eksekutif", seperti menandatangani perjanjian-perjanjian, perjanjian-perjanjian antara bangsa dan sebagainya. dengan negara-negara lain dan pertubuhan-pertubuhan antarabangsa; perancangan negara dan bajet pekerjaan dan urusan rasmi; melantik menteri-menteri, gabenor-gabenor, dan duta-duta tertakluk kepada kelulusan parlimen.
Berbeza dengan negara lain, Presiden Iran tidak mempunyai kawalan penuh terhadap dasar luar, pasukan bersenjata, atau dasar nuklear Iran kerana ia di bawah kawalan Pemimpin Tertinggi.
Pilihan raya Presiden Iran 2005 pada 3 Ogos 2005 dimenangi oleh Mahmoud Ahmadinejad. Pilihan raya Presiden Iran 2009 diadakan pada 12 Jun 2009 turut dimenangi oleh Mahmoud Ahmadinejad walaupun dipertikaikan oleh calon lawan.