الرئاسة العامة للبحوث العلمية و الإفتاء | |
Intisari agensi kerajaan | |
---|---|
Dibentuk | 29 Ogos 1971 |
Jenis | Agensi kerajaan |
Eksekutif agensi kerajaan |
|
Agensi induk | Majlis Ulama Kanan Arab Saudi |
Laman sesawang | https://www.alifta.gov.sa |
Negara Anggota Liga Arab |
Portal Arab Saudi |
Presidensi Umum Penyelidikan Islam dan Kefatwaan (Arab: الرئاسة العامة للبحوث العلمية و الإفتاء, rumi: al-Riʾāsatu al-ʿAmmatu lil-Buḥūṯ al-ʿIlmiyya wal-Iftāʾ ; sebelum ini dikenali sebagai Jawatankuasa Tetap Penyelidikan Islam dan Kefatwaan, Arab: اللجنة الدائمة للبحوث العلمية والإفتاء, rumi: al-Lajnah al-Daʿimah lil-Buḥūṯ al-ʿIlmiyya wal-Iftāʾ ) merupakan agensi berkaitan agama Islam di Arab Saudi yang ditubuhkan oleh Raja bagi membincangkan hal-hal berkaitan perundangan Islam (fiqah) dan menyediakan kertas kajian kepada Majlis Ulama Kanan yang akan menasihati Raja dalam hal ehwal agama Islam. Keanggotaannya diambil dari Majlis Ulama Kanan - yang mana presidensi umum ini merupakan salah satu jawatankuasa di dalam majlis tersebut - dan mempunyai sebilangan ulama Sunni yang pakar dalam ilmu fiqah di Arab Saudi. Ketua bagi presidensi umum ini ialah Mufti Besar Arab Saudi.
Penetapan hukum atau fatwa di Arab Saudi hanya dihadkan kepada anggota Majlis Ulama Kanan dan beberapa ulama yang lain sahaja[1]