Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


Pulau Besar, Johor

Pulau Besar
Map
Geography
Koordinat2°26′30″N 103°59′00″E / 2.44167°N 103.98333°E / 2.44167; 103.98333Koordinat: 2°26′30″N 103°59′00″E / 2.44167°N 103.98333°E / 2.44167; 103.98333
Keluasan4.77 km2 (1.84 bt2)
Aras tertinggi258 m (846 ft)
Pentadbiran
Negeri Johor
DaerahMersing
MukimPulau Babi
Demografik
Penduduk184 (2020)
BahasaBahasa Melayu Malaysia, Bahasa Melayu Johor-Riau
Kelompok etnikOrang Melayu
Maklumat tambahan
Zon waktu
Poskod86800

Pulau Besar, atau dahulunya dikenali sebagai Pulau Babi Besar, merupakan sebuah pulau di Laut Cina Selatan di Daerah Mersing, Johor, Malaysia. Pulau Besar dikelilingi oleh beberapa pulau lain iaitu Pulau Rawa, Pulau Sibu, Pulau Mensirip, Pulau Hujung dan Pulau Tinggi dan mempunyai pantai berpasir putih yang bersih. Air yang jernih mengelilingi kesemua pantai di pulau-pulau tersebut. Ini antara lain disebabkan ia menghadap ke laut lepas, menjadikan pantainya dilanda ombak yang menghilangkan lumpur dari pasir pantainya.

Bagi memelihara dan memulihara kehidupan laut yang terdapat disekitar perairan pulau tersebut, kerajaan Johor telah mewartakan perairan pulau itu sebagai "Taman Laut". Ia dibuat demi menjaga lebih kurang 60 spesies hidupan marin daripada diancam kepupusan akibat daripada aktiviti-aktiviti manusia seperti selaman skuba, memancing dan sebagainya yang boleh mengancam habitat asli hidupan laut dalam lingkungan 2 batu nautika dari pulau tersebut.

Keunikan lain yang turut memperkayakan khazanah alam di pulau tersebut adalah seperti sayuran liar (ulam-ulaman) yang hijau merimbun, bebatang nyiur (Pokok Kelapa) serta aneka khazanah alam yang terdapat di dalam hutan tropikanya. Di sana terdapat lebih kurang 7 hingga 8 kampung kecil yang menjadi penempatan kepada lebih kurang seratus orang laut (kaum nelayan) yang telah menetap sekian lama disana yang menjadikan pulau tersebut sebagai rumah dan lubuk carian rezeki mereka. Puncak tertinggi di Pulau Besar mencecah ketinggian 2,000 kaki dari aras laut.


Previous Page Next Page






Besar Island, Johor English პულაუ ბესარი (ჯოჰორი) KA ஜொகூர் பெசார் தீவு Tamil 大岛 (柔佛) Chinese

Responsive image

Responsive image