Pulau Kuraman merupakan satu salah daripada pulau yang tempat tumpuan pelancong di Wilayah Persekutuan Labuan, sebagai tempat beriadah dan bersuka-ria bersama keluarga.[1] Keindahan Pulau Kuraman yang mempunyai pantai berpasir yang indah dan air yang jernih untuk para pengunjung berkelah dan mandi-manda bersama keluarga. Di Pulau Kuraman, para pengunjung dapat melakukan aktiviti di pantai seperti bermain layang-layang dan membina istana pasir sepanjang hari dan berehat bersama keluarga di situ dan menikmati keindahan alam semula jadi. Pulau Kuraman yang terletak di Wilayah Persekutuan Labuan ini amat popular dikalangan pengunjung tempatan dan luar tempat yang ingin lari daripada kesibukan kota dan mendapat ketenangan dan menikmati suasana pulau yang tenang dengan air laut yang jernih. Tidak hairanlah mengapa para pengunjong yang melawat Wilayah Persekutuan Labuan pasti tidak melepaskan peluang untuk berkunjung ke Pulau Kuraman dan meneroka keindahan pantai.