Intisari agensi | |
---|---|
Dibentuk | 27 Oktober 1992 |
Agensi-agensi terdahulu |
|
Bidang kuasa | Kerajaan pusat Amerika Syarikat |
Ibu pejabat | Druid Hills, Georgia |
Kakitangan | 15,000 |
Belanjawan tahunan | AS$8.8 bilion (2008) |
Eksekutif agensi |
|
Agensi induk | Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia |
Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (Inggeris: Centers for Disease Control and Prevention) atau singkatannya CDC merupakan sebuah agensi kawalan dan pencegahan penyakit kebangsaan di Amerika Syarikat. Pusat ini berada di bawah bidang kuasa Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia yang beribu pejabat di Georgia, A.S dimana ia bertindak sebagai badan yang melindungi kesihatan dan keselamatan awam dengan menyediakan maklumat.[1][2][3] Selain itu, ia juga mempromosikan kesihatan melalui kerjasama antara jabatan kesihatan negeri dan organisasi yang lain. Pada asalnya, pusat ini ditubuhkan pada tahun 1946 bagi mencegah penyakit malaria. CDC merupakan salah satu daripada pengasas kepada Persatuan Institut Kesihatan Awam Kebangsaan Antarabangsa (IANPHI).