Putera Wales | |
---|---|
Tywysog Cymru | |
Gelaran | Duli Yang Teramat Mulia |
Kediaman | Kensington Palace (en) |
Dilantik oleh | Raja United Kingdom (sebelum ini England) |
Tempoh jawatan | Seumur hidup atau sehingga kenaikan takhta sebagai raja |
Dibentuk |
|
Pemegang pertama |
|
Tapak web | princeofwales.gov.uk |
sunting · sunting di Wikidata |
Putera Wales (bahasa Inggeris: Prince of Wales) ialah gelaran yang diberikan kepada pewaris takhta lelaki yang bakal menjadi raja England dan kemudian raja Britain. Gelaran ini bermula dengan pemerintah Wales dari Gwynedd yang menggunakannya untuk menunjukkan kekuasaan mereka terhadap pemerintah Wales lain. Pada tahun 1301, Raja Edward I memberikan gelaran ini kepada anakandanya Edward II untuk menunjukkan bahawa baginda telah menakluki Wales sepenuhnya. Sejak itu, gelaran ini diberikan kepada anakanda atau cucunda raja yang akan menjadi raja seterusnya. Semasa pemberontakan Wales dari tahun 1400 hingga 1415, Owain Glyndŵr juga menuntut gelaran Putera Wales.
William, yang diangkat sebagai Putera Wales oleh ayahandanya, Raja Charles III, pada 9 September 2022, kini memegang gelaran itu. Gelaran Putera Wales telah menimbulkan kontroversi dan perselisihan faham di Wales akhir-akhir ini.