Puteri Impian | |
---|---|
Pengarah | Aziz M. Osman |
Penulis | Aziz M. Osman |
Dihasilkan oleh | Ahmad Puad Onah |
Dibintangi | |
Syarikat penerbitan | Grand Brilliance Paradigm Film |
Diedarkan oleh | Primeworks Studios |
Tarikh tayangan | 1997 |
Masa tayangan | 107 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Puteri Impian ialah filem komedi romantik Malaysia 1997 arahan Aziz M. Osman dan dibintangi oleh Amy Mastura. Filem ini mengisahkan tentang pengembaraan seorang gadis yang berangan-angan untuk menjadi "puteri" selama sepuluh hari dalam sebuah rancangan realiti TV. Filem ini ditujukan khas kepada Puteri Diana, yang meninggal dunia tidak lama sebelum filem ini ditayangkan.
Sekuelnya, Puteri Impian 2 telah ditayangkan pada tahun berikutnya, iaitu pada 1998.