![]() | |
Jenis | Media Negara |
---|---|
Negara | |
Ditubuhkan | 3 Disember 1941 |
Ibu pejabat | Beijing, China |
Kawasan siaran | Seluruh Dunia |
Pemilik | Jabatan Propaganda Parti Komunis China |
Induk | China Media Group |
Tarikh pelancaran | 18 April 1978 |
Nama lama |
|
Laman sesawang | CRI, CRI dalam bahasa Melayu |
Radio Antarabangsa China | |||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Tulisan Cina Ringkas | 中国国际 广播电台 | ||||||||||
Tulisan Cina Tradisional | 中國國際 廣播電台 | ||||||||||
|
![]() |
---|
Portal China |
Radio Antarabangsa China (CRI) (B. Cina: 中国国际广播电台; pinyin: Zhōngguó Guójì Guǎngbō Diàntái) merupakan stesen radio rasmi milik kerajaan Republik Rakyat China (RRC) yang telah diasaskan pada 3 Disember 1941.[1]
Matlamat utama penyiaran stesen radio antarabangsa ini adalah bagi menggalakkan hubungan persefahaman dan persahabatan antara rakyat China dengan rakyat dari pelbagai negara di dunia. Dengan 30 biro di luar negara, CRI menyiarkan programnya selama 1,520 jam setiap hari di seluruh dunia dalam 61 bahasa. Program CRI adalah seperti berita, hal ehwal semasa serta rencana mengenai politik, ekonomi, budaya, sains dan teknologi.
Sebagai sebuah stesen milik kerajaan, ia adalah stesen yang menyokong pendirian kerajaan terhadap pelbagai isu seperti Taiwan adalah sebagai sebahagian daripada RRC. Selain itu, CRI juga adalah stesen yang mempunyai perkhidmatan luar negeri yang paling komprehensif di Asia. Lebih daripada 50 pemancar gelombang pendek digunakan bagi menyiarkan siaran stesen ini.
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama CRI 1