Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


Raja Namrud

Raja Namrud disembah oleh rakyatnya. Gambar terperinci lukisan Pieter Brueghel yang lebih tua bertajuk "Pembinaan Menara-Menara ke Babil" (1563)

Amir Rasyid (hidup sekitar tahun 2275 SM- 1943 SM) juga disebut eja Namrudz bin Kan'aan (Arab نمرود بن كنعان, Inggeris Nimrod,Bahasa Ibrani: נִמְרוֹד, Baku Nimrod Tabariyah נִמְרֹד ; Nimrōḏ) (2275 SM – 1943 SM) adalah salah satu seorang Raja yang memerintah Mesopotamia purba (kini dikenali negara Iraq). Ia memiliki gelaran "a mighty hunter" yang bermaksud "pemburu yang hebat" atau "pemburu yang perkasa", kerana kebijakannya dalam berburu. Nama lengkapnya adalah Namrudz bin Kan'aan bin Kush bin Ham bin Nuh (Nabi Nuh a.s.)atau juga sesetengah pendapat (Raja Namrud bin Kush bin Ham bin Nuh). Selain itu beliau diberi gelaran Dewa Bacchus atau Dewa Wain serta Dewa Matahari.

Namrud sendiri merupakan kata jamak yang mempunyai pengertian “Mari memberontak". Namanya tercatat dalam Taurat, Injil dan kisah-kisah Islam.

Pada zamannya, Namrud merupakan seorang raja yang cerdas, namun kecerdasannya itu membuatnya bersikap sombong dan takkabur serta sehinggakan ia mengaku menjadi seorang ateis atau sebagai Tuhan dan usahanya selalu mendapatkan tentangan hebat dari Nabi Ibrahim a.s. Namanya terkenal kerana usahanya sebagai pendiri Menara Babel.Menurut Kitab Bible kerajaannya termasuklah Babel, Erech, Accad, dan Calneh, di tanah Shinar, yang juga dikenali sebagai tanah Namrud.


Previous Page Next Page






Nimrod AF ናምሩድ AM Nebrond ANG نمرود Arabic نمرود ARZ Nemrod AST Nəmrud AZ নমরুদ Bengali/Bangla Nimrod (personatge del Gènesi) Catalan Намруд CE

Responsive image

Responsive image