Ramen (ラーメン or 拉麺 , rāmen, IPA: ['ɺaːmeɴ], dengar (bantuan·maklumat)) ialah sejenis masakan Jepun berbentuk mi sup yang berasal dari China. Ramen selalu dihidangkan air rebusan, dan menggunakan hias atas seperti hirisan daging khinzir (チャーシュー , chāshū), rumpai laut kering (海苔 , nori), kamaboko, bawang hijau, dan jagung pun. Hampir setiap tempat atau wilayah di Jepun mempunyai variasi ramen yang tersendiri, dari ramen tonkotsu di Kyūshū hingga ramen miso di Hokkaidō.