Rasa bersalah ialah emosi moral yang berlaku apabila seseorang percaya atau menyedari—tepat atau tidak—bahawa mereka telah berkompromi dengan piawaian tingkah laku mereka sendiri atau telah melanggar piawaian moral sejagat dan memikul tanggungjawab yang besar untuk pelanggaran itu.[1] Rasa bersalah berkait rapat dengan konsep insaf, sesal, serta malu.
Rasa bersalah ialah faktor penting dalam mengekalkan gejala gangguan obsesif-kompulsif.[2]