![]() | Rencana ini mengandungi senarai rujukan, bacaan berkaitan atau pautan luar, tetapi sumbernya masih tidak jelas kerana kekurangan petikan dalam baris. (November 2018) |
Tolong bantu menterjemahkan sebahagian rencana ini. Rencana ini memerlukan kemaskini dalam Bahasa Melayu piawai Dewan Bahasa dan Pustaka. Sila membantu, bahan-bahan boleh didapati di Virtual reality (Inggeris). Jika anda ingin menilai rencana ini, anda mungkin mahu menyemak di terjemahan Google. Walau bagaimanapun, jangan menambah terjemahan automatik kepada rencana, kerana ini biasanya mempunyai kualiti yang sangat teruk. Sumber-sumber bantuan: Pusat Rujukan Persuratan Melayu. |
Teknologi maya (Tulisan Jawi: رياليتي ماي; bahasa Inggeris: virtual reality , disingkatkan kepada VR) adalah persekitaran yang dihasilkan oleh komputer. Kebanyakan persekitaran realiti maya menumpu kepada pengalaman visual, dipaparkan sama ada pada skrin komputer atau melalui paparan stereoskop khas, tetapi sebahagian simulasi memasukkan maklumat deria tambahan, seperti bunyi melalui pembesar suara atau fonkepala. Sesetengah sistem termaju dan sistem ujian memasukkan maklumat sentuh, yang dipanggil suap balas terhad.
Pengguna boleh berinteraksi dengan persekitaran VR, sama ada melalui peranti input piwaian seperti papan kekunci dan tetikus, atau melalui peranti direka khas seperti sarung tangan berwayar dan mesin jalan (treadmill) pelbagai arah. Persekitaran simulasi boleh menyerupai dunia sebenar, misalnya, simulasi untuk tujuan melatih penerbangan pesawat atau tempur, atau ia boleh berlainan sama sekali berbanding alam sebenar, sepertimana dalam permainan VR.
Amat sukar untuk menghasilkan pengalaman realiti maya yang sebenar-benarnya kerana kekangan teknikal pada kuasa pemproses, leraian gambar dihasilkan dan lebar jalur. Bagaimanapun, kekangan-kekangan ini dijangka dapat diatasi apabila teknologi membangunkan simulasi begini menjadi semakin maju dan murah.