Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


Referendum kemerdekaan Sudan Selatan 2011

Sebuah pungutan suara berlangsung di Sudan Selatan dari 9 hingga 15 Januari,[1] untuk menentukan samada wilayah tersebut patut dimerdekakan daripada Sudan atau tidak.[2][3] Pungutan suara ini merupakan salah satu kesan daripada Pejanjian Navaisha antara kerajaan pusat Khartoum dengan Tentera/Pergerakan Pembebasan Rakyat Sudan (SPLA/M).

Sebuah pungutan suara serentak sepatutnya dijalankan di Abyei bagi menentukan samada ia ingin menjadi sebahagian Sudan Selatan, namun ditunda akibat konflik berkenaan sempadan dan hak kependudukan.[4]

Pada 7 Februari 2011, suruhanjaya pungutan suara menerbitkan keputusan muktamad yang mana 98.83% undian menyokong kemerdekaan.[5] Biarpun kertas undian terpaksa digantung di 10 daripada 79 kaunti kerana melampaui kehadiran pengundi 100%, namun bilangan undian tetap mengatasi keperluan kehadiran 60%, maka undian majoriti untuk pemisahan tidak boleh disangkal lagi.

Sudan Selatan dijadualkan menjadi negara merdeka secara rasmi pada 9 Julai 2011.[6]

  1. ^ "First day of south Sudan referendum ends peacefully". tehran times. Dicapai pada 2011-01-10.
  2. ^ "Sudan's Referendum Commission says southern Sudan referendum on Jan. 9". People's Daily Online. 2010-10-21. Dicapai pada 2011-01-14.
  3. ^ Road to 2011 referendum is full of obstacles – South Sudan's Kiir Sudan Tribune, 12 July 2007
  4. ^ By  Mark Bixler, CNN. "Historic day ahead after decades of war". CNN.com. Dicapai pada 2011-01-10. no-break space character in |author= at position 3 (bantuan)
  5. ^ South Sudan backs independence - results, BBC News, 7 Februari 2011. Dicapai pada 10 Februari 2011.
  6. ^ Sudan referendum: what's being voted on and what will happen? The Telegraph. 8 Januari 2011

Previous Page Next Page