Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


Rentaka

Dua rentaka Melayu

Rentaka [rĕn.ta.ka][1] atau lantaka ialah sejenis meriam pusing gangsa mudah alih yang dipasang pada kapal dagang dan kapal perang di Asia Tenggara maritim. Ia biasanya dipasang pada kapal pelayar tempatan dari Filipina, Indonesia dan Malaysia. Senjata ini biasanya digunakan untuk mempertahan diri daripada lanun yang sering menuntut ufti dan pengiktirafan kepada kepala daerah atau kerajaan.

Rentaka dan lela dikenal rangkum oleh orang Melayu sebagai meriam kecil,[2][3] namun rentaka lebih pendek dan lebih kecil kalibernya daripada lela.[4]:122–123

  1. ^ "rentaka". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.CS1 maint: date and year (link)
  2. ^ "Cannons of the Malay Archipelago". www.acant.org.au. Dicapai pada 2020-01-25.
  3. ^ Teoh, Alex Eng Kean (2005). The Might of the Miniature Cannon A treasure of Borneo and the Malay Archipelago. Asean Heritage.
  4. ^ Ismail, Norain B.T. (2012). Peperangan dalam Historiografi Johor: Kajian Terhadap Tuhfat Al-Nafis. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.

Previous Page Next Page






Lantaka English Lantaka ID Lantaka Italian Lantaka LMO Lantaka TL

Responsive image

Responsive image