Satu Resolusi Majlis Keselamatan PBB diundi antara 15 ahli Majlis Keselamatan PBB iaitu organ paling berkuasa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Ia lulus apabila sembilan atau lebih ahli mengundi menyokong resolusi berkenaan serta tidak dibangkang oleh salah satu lima anggota tetap majlis. Ahli-ahli ini merangkumi Republik Rakyat China yang menggantikan Republik China pada tahun 1971, Perancis, Persekutuan Rusia yang menggantikan Kesatuan Soviet pada tahun 1991, United Kingdom dan Amerika Syarikat.
Terdapat dua peperangan besar yang diluluskan Majlis Keselamatan iaitu Perang Korea pada tahun 1950 dan Perang Teluk pada tahun 1991.