Riasia (Bahasa Yunani Kuno: ῥύαξcode: grc is deprecated , rhýax, yang bermaksud "aliran lava") ialah nama untuk tempoh geologi kedua dalam EraPaleoproterozoik dan berada pada julat masa 2300 juta tahun dahulu (jtd) sehingga ke 2050 jtd.[2] Berbanding berdasarkan ukuran stratigrafi, tarikh tempoh tersebut ditakrifkan secara kronometrik.[3]
Beberapa perejahan seperti Kompleks Igneus Bushveld dan lain-lain terbentuk dalam tempoh ini.[3]
Pengglasieran global Huron (Makganyene) telah bermula pada permulaan tempoh Riasia dan berlangsung selama 100 juta tahun. Pengglasieran tersebut mengambil masa selama kira-kira 80% daripada tempoh ini.[4]
Terdapat tempoh alternatif untuk julat masa bermula pada 2250 jtd sehingga ke 2060 jtd yang ditentukan berdasarkan stratigrafi dan bukannya kronometri, dan terdapat cadangan nama untuk tempoh tersebut sama ada Jatulia atau Eukaria berdasarkan tinjauan skala masa geologi tahun 2012 yang disunting oleh Gradstein et al.,[5] tetapi sehingga ke Mac 2020, perkara tersebut belum diterima pakai secara rasmi oleh IUGS. Istilah "Jatulia" bagaimanapun telah digunakan dalam bidang stratigrafi serantau bagi batuan Paleoproterozoik di Fennoskandia.[6]
Tempoh ini merupakan suatu tempoh apabila eukariot dianggap terbentuk hasil simbiosis antara spesies di bawah filum asgardarchea (sejenis arkea)dan spesies alfaproteobakteria, serta terdapat pembiakan seksual di kalangan organisma eukariot sahaja. Disebabkan peranan organisma eukariot mula terbentuk maka cadangan nama alternatif Eukaria diperkenalkan.[7][8][9]
^Mänd, Kaarel; Lalonde, Stefan V.; Robbins, Leslie J.; Thoby, Marie; Paiste, Kärt; Kreitsmann, Timmu; Paiste, Päärn; Reinhard, Christopher T.; Romashkin, Alexandr E. (April 2020). "Palaeoproterozoic oxygenated oceans following the Lomagundi–Jatuli Event". Nature Geoscience. 13 (4): 302–306. Bibcode:2020NatGe..13..302M. doi:10.1038/s41561-020-0558-5. |hdl-access= requires |hdl= (bantuan)
^Van Kranendonk, Martin J. (2012). "16: A Chronostratigraphic Division of the Precambrian: Possibilities and Challenges". Dalam Felix M. Gradstein; James G. Ogg; Mark D. Schmitz; abi M. Ogg (penyunting). The geologic time scale 2012 (ed. 1st). Amsterdam: Elsevier. m/s. 359–365. doi:10.1016/B978-0-444-59425-9.00016-0. ISBN978-0-44-459425-9.