Robert Boyle | |
---|---|
![]() Robert Boyle (1627–1691) | |
Kelahiran | 25 Januari 1627 County Waterford, Ireland |
Meninggal dunia | 30 Disember 1691 (aged 64) London, England |
Terkenal kerana | Kajian ciri-ciri fizikal gas Kajian mengenai konsep unsur kimia |
Kerjaya saintifik | |
Bidang | Fizik, Kimia |
Dipengaruhi oleh | Robert Hooke |
Robert Boyle (25 Januari 1627 – 30 Disember 1691) merupakan ahli falsafah semulajadi, ahli kimia, fizik, pencipta, dan pakar sains budiman, juga dikenali bagi penulisannya dalam teologi. Beliau paling dikenali bagi mencipta formula bagi hukum Boyle.[2] Sungguhpun kajian dan falsafah peribadinya jelas menunjukkan asasnya dalam tradisi alkimia, pada masa kini beliau dianggap ahli kimia moden pertama, dan dengan itu salah seorang pengasas kimia moden. Antara karyanya, The Sceptical Chymist dilihat sebagai buku batu asas dalam bidang kimia.