Roda-Roda Kuala Lumpur | |
---|---|
Genre | Drama, aksi, prosedur polis |
Pencipta | Yusof Haslam (idea dan karya asal) |
Dibangunkan oleh | |
Pengarah |
|
Lagu pembukaan |
|
Lagu penutup |
|
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan musim | 6 |
Bilangan episod | 186 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif |
|
Penerbit | Yusof Haslam |
Penyunting |
|
Lokasi | |
Tempoh siaran | 43 minit |
Syarikat penerbitan | Skop Productions |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV2 |
Format gambar | 480i (SDTV) 1080i (HDTV) |
Format audio |
|
Siaran asal | 5 Oktober 1998 – 23 September 2013 |
Kronologi | |
Rancangan berkaitan |
|
Roda-Roda Kuala Lumpur (juga dikenali sebagai Roda-Roda KL) ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia terbitan Skop Productions dengan idea dan konsep asal oleh Yusof Haslam. Pertama kali bersiaran pada 1998 di RTM, pelakon asalnya terdiri daripada A. Galak, AC Mizal, Shaharon Anuar dan Deen Maidin. Drama ini dihentikan pada 1999 apabila Gerak Khas mula bersiaran dan dihidupkan semula pada 2008 dan bersiaran sehingga 2013.[1]
Berbeza dengan Gerak Khas, Roda-Roda Kuala Lumpur mengisahkan usaha murni anggota polis trafik dalam menggalas tugasan seharian mereka dan mengetengahkan kes-kes jenayah trafik yang sering berlaku seperti lumba haram, pemanduan secara berbahaya dan melanggar lampu isyarat.[2]