Roger de Mortimer, Earl March Pertama (25 April 1287 - 29 November 1330), merupakan seorang bangsawan Inggeris yang telah menjadi pemerintah de facto England selama tiga tahun, selepas berjaya mengetuai pemberontakkan menentang Edward II. Beliau kemudian digulingkan oleh putera Edward II, iaitu Edward III. Mortimer juga merupakan kekasih isteri Edward II, Isabella dari Perancis, yang telah membantunya dalam menggulingkan suaminya.