Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


Rostam Afendi bin Abdul Rashid

Rio juga dikenali sebagai Rio Rashid ialah seorang kartunis Malaysia. Rio atau nama sebenarnya Rostam Afendi Abdul Rashid dilahirkan di Pasir Mas, Kelantan pada 30 September 1975.

Rio Rashid
KelahiranRostam Afendi bin Abdul Rashid
(1975-09-30) 30 September 1975 (umur 49)
Pasir Mas, Kelantan, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
KewarganegaraanMalaysia Malaysia
Nama samaranRio

Rio memulakan langkah di dalam bidang kartun dan komik sejak dari zaman bangku sekolah. Karya pertamanya tersiar di dalam majalah Gelihati dalam tahun 1990. Rio ketika itu masih menuntut di dalam tingkatan 3.

Sejak karya pertamanya tersiar, Rio terus aktif melukis kartun dan komik sehingga kini. Ratusan karyanya telah tersiar di dalam pelbagai majalah seperti Gelihati, Gila-Gila, Gelagat, Ujang, Apo? dan G3.

Selain komik, Rio juga terlibat dalam bidang animasi, grafik, multimedia dan penulisan kreatif.


Previous Page Next Page








Responsive image

Responsive image