Tan Sri Rozali Ismail PSM | |
---|---|
Kelahiran | 1958 |
Terkenal kerana | Penubuhan SYABAS |
Nilai bersih | AS$136 juta (2010)[1] |
Tan Sri Rozali Ismail adalah ahli seorang perniagaan dan berbangsa Melayu. Beliau pernah memegang jawatan pengerusi eksekutif syarikat konsesi air, Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) dan juga presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Selangor (DPMMS)[2] Beliau juga merupakan pengasas dan Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga Holdings Bhd.[3] Beliau termasuk dalam senarai 40 orang terkaya di Malaysia mengikut majalah Forbes pada 2010.[4]
Di dalam bidang politik pula, beliau adalah bekas bendahari UMNO Selangor dan juga Hulu Selangor.[2]
Selain itu Rozali Ismail adalah Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) yang terletak berhampiran dengan Bagan Nakhoda Omar di Sabak Bernam.[5]