YB Datuk Rubin Balang PGDK (Sabah) | |
---|---|
Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah bagi Kemabong | |
Menyandang jawatan 8 Oktober 2020 | |
Didahului oleh | Jamawi Jaafar |
Dalam jawatan 1995–2018 | |
Didahului oleh | Esar Andamas |
Digantikan oleh | Jamawi Jaafar |
Pengerusi Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah | |
Menyandang jawatan 2021 | |
Didahului oleh | Richard Sakian Gunting |
Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tenom | |
Dalam jawatan 15 Mei 2019 – 11 Disember 2022 | |
Didahului oleh | Jawatan diwujudkan |
Naib Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah | |
Menyandang jawatan 5 Februari 2023 | |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Rubin bin Balang 1 Mac 1963 Tenom, Koloni Mahkota Borneo Utara (kini Sabah, Malaysia) |
Parti politik | BERSATU (bekas ahli) BEBAS (bekas ahli) GAGASAN (sejak 2023) |
Anak | Riduan |
Pekerjaan | Ahli politik |
YB Datuk Rubin Balang (lahir 1 Mac 1963) merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah bagi Kemabong[1] dalam kawasan Parlimen Tenom, Sabah. Beliau pernah menjadi ADUN Kemabong sejak 1994 sehingga 2018. Kemudian bertanding Parlimen Tenom pada PRU ke 14, dan kerusi DUN Kemabong diberikan kepada Jamawi Jaafar dalam Pilihan raya umum Malaysia 2018 lalu oleh BN. Dalam Pilihan raya negeri Sabah 2020, beliau sepatutnya bertanding atas tiket Perikatan Nasional tetapi Raime Unggi dari Barisan Nasional telah dicalonkan bagi mewakili Gabungan Rakyat Sabah. Rubin menjadi calon Bebas dan berjaya memenangi kerusi tersebut semula dengan mengalahkan Raimee Unggi dan beberapa calon lain. Pada tahun 2023, beliau secara rasmi menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah yang ditubuhkan pada tahun 2013 dan pada tarikh 5 Februari 2023, beliau juga dilantik secara rasmi untuk menyandang Naib Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah.[2]