Sir Run Run Shaw 邵逸夫 GBM CBE | |
---|---|
![]() Shaw semasa zaman mudanya, gambar tahun 1927 | |
Kelahiran | Shao Renleng 19 November 1907 |
Meninggal dunia | 7 Januari 2014 | (umur 106)
Sebab kematian | Sebab semulajadi |
Warganegara | Hong Kong |
Nama lain | 邵仁楞 Shao Yifu Siu Yat-fu Uncle Six (Luk Suk) |
Pekerjaan | Penerbit TV, usahawan, ahli perniagaan, penerbit filem, dermawan, pelabur |
Tahun aktif | 1925–2011 |
Pangkat | CBE, GBM |
Ahli lembaga | Shaw Brothers |
Pasangan | Wong Mee-chun (黃美珍) (1932-1987) (meninggal dunia) Mona Fong (1997-2014) |
Anak-anak | Shaw Vee Meng (邵維銘) Shaw So Man (邵素雯) Shaw So Wan (邵素雲) Shaw Vee Chung (邵維鍾) |
Ibu bapa | Shaw Yuh Hsuen (邵行銀) Wang Shun Xiang |
Saudara | Runje Shaw Runde Shaw Runme Shaw |
Run Run Shaw | |||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Tulisan Cina Tradisional | 邵逸夫 | ||||||||||
Tulisan Cina Ringkas | 邵逸夫 | ||||||||||
|
Sir Run Run Shaw, GBM, CBE (19 November 1907[1] – 7 Januari 2014), juga dikenali sebagai Shao Yifu dan Siu Yat-fu, merupakan seorang maestro hiburan dan dermawan Hong Kong. Beliau merupakan salah seorang tokoh paling berpengaruh di industri hiburan Asia.[2] Beliau mengasaskan Shaw Brothers, salah satu syarikat perfileman terbesar di Hong Kong, dan TVB, syarikat televisyen dominan di Hong Kong.
Dikenali sebagai seorang dermawan terkenal, Shaw mendermakan sejumlah bilion dolar Hong Kong kepada institusi pendidikan di Hong Kong dan tanah China. Sebanyak 5,000 bangunan di kampus kolej Cina menggunakan namanya,[3] seperti Kolej Shaw di Universiti Cina Hong Kong. Beliau juga menubuhkan Hadiah Shaw Prize untuk Astronomi, Sains Kehidupan & Perubatan dan Sains Matematik.
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama chinadaily