Runme Shaw | |
---|---|
![]() | |
Kelahiran | Shào Rénméi 1 Januari 1901 Dinasti Qing, China |
Meninggal dunia | 2 Mac 1985 | (umur 84)
Sebab kematian | Kemalangan jalan raya |
Warganegara | Singapura |
Pekerjaan | Penerbit TV, ahli perniagaan, penerbit filem, pelabur |
Tahun aktif | 1925–1983 |
Pangkat | 1)Darjah Indera Mahkota Pahang 2)Panglima Mangku Negara dari YDPA Sultan Pahang 3)Meritorious Services Medal dari Kerajaan Singapura 4)Ijazah Doktor Kehormat dari Universiti Kebangsaan Singapura |
Ahli lembaga | Shaw Brothers Ltd. (1959-1983) |
Pasangan | Peggy |
Anak-anak | Shaw Vee King Shaw Vee Fong Doris Shaw Vivien Shaw Nora Shaw Sylvia Shaw |
Ibu bapa | Shaw Yuh Hsuen (邵行銀) Wang Shun Xiang |
Saudara | Runje Shaw Runde Shaw Run Run Shaw |
Tan Sri Dr. Runme Shaw, K.St.J (Cina ringkas: 邵仁枚 ; pinyin: Shào Rénméi; 1 Januari 1901 – 2 Mac 1985) merupakan pengerusi dan pengasas Pertubuhan Shaw di Singapura. Runme Shaw dan adiknya, Run Run Shaw, bersama-sama dikenali sebagai Shaw Brothers, merupakan perintis di dalam industri perfileman di Singapura and Tanah Melayu, dan menghidupkan industri filem di Asia, terutamanya di rantau Asia Tenggara.
Runme Shaw juga seorang dermawan yang mewujudkan Yayasan Shaw, sebuah pertubuhan amal. Selain itu, Runme merupakan pengerusi dan presiden di beberapa badan kerajaan, dan penaung bagi beberapa pertubuhan. Hasilnya, Runme memenangi pelbagai anugerah tempatan dan antarabangsa atas usaha kedermawanan beliau dan sumbangannya kepada industri perfileman Asia Tenggara.