Pertubuhan Menteri-Menteri Pendidikan Asia Tenggara | |
Kerangka | |
---|---|
Jenis/bentuk sah | Pertubuhan antara kerajaan, pertubuhan |
Tapak web | www |
Sejarah | |
Ditubuhkan | 30 November 1965 |
sunting · sunting di Wikidata |
Pertubuhan Menteri-Menteri Pendidikan Asia Tenggara (disingkatkan SEAMEO, dari bahasa Inggeris: Southeast Asian Ministers of Education Organization ) ialah sebuah pertubuhan antara kerajaan yang bertindak untuk mengukuhkan kerjasama serantau di Asia Tenggara dalam bidang pendidikan, sains dan kebudayaan.[1] Ia ditubuhkan pada 30 November 1965[2]. Sekretariat SEAMEO beribu pejabat di Bangkok, Thailand, dan mempunyai 26 institusi serantau di seluruh Asia Tenggara.[1]
Kepengerusian semasa (2024) pertubuhan ini disandang oleh Filipina, melalui Setiausaha Pendidikan negara tersebut, Sara Zimmerman Duterte-Carpio.[1]