Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


SM Faisal SM Nasimuddin


SM Faisal SM Nasimuddin

DCSM DSDK
Kelahiran
SM Faisal bin SM Nasimuddin

(1979-10-10) 10 Oktober 1979 (umur 45)
PekerjaanAhli perniagaan, usahawan, pelabur mangkin, Pengerusi Bersama Kumpulan Naza.
Anak-anakSM Fawwaz Amin
SM Faiz Nasimuddin
SM Farhan Kamal
Ibu bapaTan Sri SM Nasimuddin SM Amin (bapa)
Puan Sri Zaleha Ismail (ibu)

Datuk Wira SM Faisal SM Nasimuddin (lahir 10 Oktober 1979) merupakan usahawan terkenal di Malaysia. Beliau adalah Pengerusi Bersama Kumpulan Naza, salah sebuah konglomerat Bumiputera milik persendirian terbesar di Malaysia. Beliau juga adalah seorang pelabur mangkin untuk salah satu daripada syarikat beliau, Puncak Geliga Capital Sdn. Bhd. Selain itu, beliau juga adalah ahli kepada Kuala Lumpur Business Club (KLBC).

Pada 17 Januari 2010, beliau telah dianugerahkan gelaran ''Dato'" iaitu Dato' Setia Diraja Kedah (D.S.D.K) daripada Sultan Kedah. Anugerah tersebut adalah sempena dari hari keputeraan ke-82 Almarhum Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah di Balai Penghadapan Istana Anak Bukit, Anak Bukit, Kedah. SM Faisal telah menujukan anugerah tersebut kepada allahyarham bapanya iaitu Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin dan keseluruhan kakitangan Kumpulan NAZA.[1] Manakala, pada 23 Januari 2011, beliau telah memperolehi Darjah Cemerlang Seri Melaka (D.C.S.M) yang membawa gelaran "Datuk Wira" daripada Yang Dipertua Negeri Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil Bin Yaakob. Pada tahun 2016, beliau telah dianugerahkan Grande Ufficiale dell’Ordine della Stella d’Italia (OSI) dari Itali, iaitu anugerah OSI kedua tertinggi yang jarang sekali diberikan kepada bukan warganegara Itali dan juga anugerah paling tinggi yang diberikan kepada individu yang menerima anugerah Itali buat pertama kali. Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Duta Itali ke Malaysia, Mario Sammartino. Beliau juga dikenali dengan kes melibatkan keganasan rumah tangga yang melibatkan isteri beliau.


Previous Page Next Page








Responsive image

Responsive image