Tuan Haji Saari bin Sungib ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan mantan ADUN Hulu Kelang selama tiga penggal (2008-2023). Di peringkat parti beliau pernah memegang jawatan sebagai Timbalan Pengerusi AMANAH Selangor dan Ketua AMANAH Kawasan Gombak.
Tuan Haji Saari bin Sungib | |
---|---|
Ahli Dewan Negeri Selangor untuk Hulu Kelang | |
Dalam jawatan 2008–2023 | |
Didahului oleh | Ahmad Bujang |
Digantikan oleh | Azmin Ali |
Majoriti | 2,134 (PRU-12) 2,881 (PRU-13) 15,349 (PRU-14) |
Ketua AMANAH Gombak | |
Dalam jawatan 2015–2022 | |
Presiden | Mohamad Sabu |
Timbalan Pengerusi AMANAH Selangor | |
Dalam jawatan 2015–2019 | |
Presiden | Mohamad Sabu |
Pengerusi | Izham Hashim |
Digantikan oleh | Azli Yusof |
Maklumat peribadi | |
Lahir | 1957 (umur 67–68) Dengkil, Sepang, Selangor |
Parti politik | Parti Islam Se-Malaysia (-2015) (2015-kini) |
Pasangan | Aliza Jaafar |
Pertalian | Berkahwin |
Anak | 7 termasuk Anfaal Saari |
Kediaman | Hulu Kelang |
Tempat belajar | University of Aston (BSc) University of Hull (MBA) Universiti Kebangsaan Malaysia (Diploma Lepasan Ijazah) |
Pekerjaan | Ahli Dewan Undangan Negeri |
Bidang pengkhususan | Ahli Perniagaan |
Semasa beliau berada dalam PAS pada 2011,beliau dilantik semula sebagai Ketua Penerangan Pas Selangor oleh Pesuruhjaya Pas negeri yang baru, Dr. Abdul Rani Osman. Sebelum ini beliau dilucutkan daripada jawatan itu pada 2009 selepas dipercayai tidak sehaluan dengan Pesuruhjaya Pas negeri ketika itu, Datuk Dr. Hassan Ali.[1]