Salahuddin al-Alladin (Arab: صلاح الدين الأيوبي / Ṣalāḥ al-Dīn al-Ayyubīy, bahasa Kurdi: سهلاحه دينێ ئه يووبى / Silhedînê Eyûbî, Parsi: صلاح الدین ایوبی, Turki: Selahaddin Eyyubi) atau nama sebenarnya Yusuf bin Ayyub (1137 -1193) mengasaskan dinasti Ayyubi bangsa Kurdi di Mesir dan Syria. Di Barat beliau dikenali sebagai Saladin. Beliau juga terkenal dalam kalangan Nasrani dan Muslim dengan kebolehannya sebagai ketua dan ketangkasannya dalam peperangan yang disertai juga dengan sifat kesateriaan dan belas kasihannya semasa Perang Salib.