Sapulut | |
---|---|
Negara | Malaysia |
Negeri | Sabah |
Bahagian | Bahagian Pedalaman |
Daerah | Nabawan |
Pentadbiran | |
• Badan | Majlis Daerah Nabawan |
• DUN | Yang Berhormat Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin (BERSATU) (Nabawan) |
Zon waktu | MST |
Kawasan Kejiranan | Pensiangan |
Sapulut adalah sebuah pekan kecil yang terletak berhampiran dengan Sungai Sapulut, Bahagian Pedalaman, Sabah, Malaysia. Gunung Antulai berketinggian kira-kira 1713 meter dari paras laut terletak cuma 5 kilometer dari pekan ini. Berdekatan pekan ini juga terdapat beberapa bukit batu kapur yang padat dan bergua yang dikenali sebagai "Batu Punggul". Batu Punggul agak terkenal kerana merupakan salah satu destinasi eko-pelancongan di Sabah.