Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


Sari kata

Contoh kegunaan sari kata di TV.

Sari kata (Mal., Sin. Jawi: ساري کات - bahasa Inggeris: subtitle; subtitel Ind.) atau takarir (Ind., Jawi: تقرير - serapan Arab: تَقْرِير, rumi: taqrīr "laporan, keterangan"[1]) adalah penyampaian dialog dalam sesebuah adegan media audiovisual seperti filem dan rancangan televisyen dalam bentuk teks yang biasanya dipaparkan di bahagian bawah skrin kandungan ditonton. Sari kata boleh bertindak sebagai suatu bentuk terjemahan bertulis bagi bahan yang berdialog bahasa asing atau pemaparan dialog yang sama bahasa dengan sedikit maklumat tambahan untuk membantu penonton yang kurang upaya pendengaran mengikuti dialognya.

Adakalanya di festival filem, sari kata boleh dipaparkan di paparan berasingan di bawah layar untuk menjimatkan kos penghasilan salinan bersari kata semata-mata untuk tayangan sekali. Sari kata televisyen untuk golongan kurang upaya pendengaran dipanggil penyarikataan tertutup (closed captioning).

  1. ^ Abd. Rauf Dato' Haji Hassan; Abdul Halim Salleh; Khairul Amin Mohd Zain (2005). Kamus Bahasa Melayu-Bahasa Arab Bahasa Arab-Bahasa Melayu. Shah Alam: Oxford Fajar. m/s. 294. ISBN 967-65-7321-3.

Previous Page Next Page






Onderskrifte AF ترجمة الحوار Arabic Subtitr AZ Субцітры BE Субтытры BE-X-OLD Субтитри Bulgarian উপাখ্যা Bengali/Bangla Subtítol Catalan Titulky Czech Isdeitlau CY

Responsive image

Responsive image