Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.
Satira
Rencana ini mengenai gaya bahasa. Untuk kumpulan muzik, sila lihat Kumpulan Satira.
Satira (daripada ungkapan bahasa Latinlanx satura, "sepinggan campuran makanan[1][2] dari satura "penuh") adalah gaya bahasa untuk menyatakan sindiran terhadap suatu keadaan atau seseorang[3] secara mengkritik melalui penunjukan sesuatu gagasan, kebiasaan, dan lain-lain[4] untuk diperolokkan dan ditertawakan agar dijadikan dorongan menuju suatu pembaharuan dari keadaan penuh kelemahan sebelumnya.[5] Satira biasanya disampaikan dalam bentuk ironi, sarkasme, atau parodi.
Satira itu mampu memahamkan penonton terhadap sesebuah masyarakat dengan menggali dalam kesedaran terkumpul para anggotanya dari segi nilai, pemikiran serta kuasa yang dipegang dalam kelompok disasarkan.[6][7]
^Hawkins, Joyce M. (2008). Kamus dwibahasa Oxford Fajar : bahasa Inggeris-bahasa Malaysia, bahasa Malaysia-bahasa Inggeris (ed. Ed. ke-4 dikemaskinikan.). Shah Alam: Oxford Fajar. m/s. 357 (bhg Inggeris-Melayu). ISBN9789834503697.
^Nash, Roderick Frazier (1970), "21. The New Humor", The Call of the Wild: 1900–1916, m/s. 203, Humor is one of the best indicators of popular thought. To ask what strikes a period as funny is to probe its deepest values and tastes.