Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


Saya Mempunyai Impian

Martin Luther King, Jr. menyampaikan ucapan I Have a Dream di Perarakan Hak Awam Washington D.C. 1963
King di Perarakan Hak Awam Washington D.C.

"Saya Mempunyai Impian" (Inggeris: I Have a Dream) ialah suatu ceramah umum yang disampaikan oleh aktivis hak asasi Amerika Syarikat Martin Luther King, Jr. pada 28 Ogos 1963, di mana beliau menyeru penamatan rasisme di Amerika Syarikat. Disampaikan kepada lebih 250,000 penyokong hak awam dari anak tangga Memorial Lincoln semasa Perarakan di Washington untuk Pekerjaan dan Kebebasan, ucapan itu merupakan saat penting Gerakan Hak Awam Afrika-Amerika.[1]

Ucapan ini diletakkan sebagai ucapan terbaik A.S. abad ke-20 melalui suatu tinjauan pendapat sarjana 1999 terhadap ucapan umum.[2] Pada tahun 2004, Perpustakaan Kongres Amerika Syarikat mengabadikan pidato ini dalam Registrar Rakaman Nasional negara tersebut.I

  1. ^ Hansen, D, D. (2003). The Dream: Martin Luther King, Jr., and the Speech that Inspired a Nation. New York, NY: Harper Collins. m/s. 177.
  2. ^ Stephen Lucas and Martin Medhurst (15 Disember 1999). "I Have a Dream Speech Leads Top 100 Speeches of the Century". Universiti Wisconsin–Madison. Dicapai pada 2009-07-18.

Previous Page Next Page