Tolong bantu menterjemahkan sebahagian rencana ini. Rencana ini memerlukan kemaskini dalam Bahasa Melayu piawai Dewan Bahasa dan Pustaka. Sila membantu, bahan-bahan boleh didapati di Iraq sanctions (Inggeris). Jika anda ingin menilai rencana ini, anda mungkin mahu menyemak di terjemahan Google. Walau bagaimanapun, jangan menambah terjemahan automatik kepada rencana, kerana ini biasanya mempunyai kualiti yang sangat teruk. Sumber-sumber bantuan: Pusat Rujukan Persuratan Melayu. |
Iraq dikenakan embargo kewangan dan perdagangan yang hampir menyeluruh oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, mulai 6 Ogos 1990, empat hari selepas Iraq menyerang Kuwait, dan kekal berkuatkuasa hingga Mei 2003 (setelah Saddam Hussein digulingkan),[1] tidak lupa juga kewajiban untuk membayar pampasan dan sebagainya kepada Kuwait yang berterusan sampai sekarang.[2][3]
Dinyatakan bahawa tujuan asal sekatan ini adalah memaksa Iraq untuk berundur dari Kuwait, membayar pampasan serta mendedahkan dan menghapuskan sebarang senjata pemusnah besar-besaran.
Pada asalnya, Majlis Keselamatan PBB mengenakan sekatan ekonomi yang ketat ke atas Iraq melalui penerimaan dan penguatkuasaan Resolusi 661.[4] Selepas berakhirnya Perang Teluk 1991, sekatan-sekatan itu dilanjutkan dan diterangkan lebih lanjut, termasuklah menyentuh senjata pemusnah besar-besaran oleh Resolusi 687.[5][6] Sekatan-sekatan tersebut mengharamkan segala perdagangan dan sumber kewangan kecuali perubatan dan makanan "atas perkara kemanusiaan".[4]
Anggaran lebihan kematian orang awam sepanjang tempoh sekatan itu adalah sekitar 100,000 hingga 1.5 juta.[7]