Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


Sekoi

Milet mutiara di ladang

Sekoi atau milet ialah sekumpulan rumput yang mempunyai benih kecil dan ditanam serata dunia sebagai tanaman bijirin atau bijian untuk makanan manusia dan haiwan. Kumpulan ini tidak membentuk kumpulan taksonomi, tetapi lebih kepada kumpulan berfungsi atau agronomi. Sekoi dianggap tanaman penting di kawasan tropika separa gersang di Asia dan Afrika (terutamanya di India, Nigeria, dan Niger), dengan 97 peratus penghasilan sekoi adalah di negara membangun.[1] Tanaman ini diminati kerana produktivitinya dan juga musimnya yang pendek dalam keadaan suhu tinggi dan kering.

Sekoi atau milet yang paling banyak ditanam ialah milet mutiara, iaitu tanaman yang penting di India dan sebahagian Afrika.[2][2] Sekoi jejari, sekoi proso, dan sekoi ekor musang juga antara spesis yang penting. Di negara maju, sekoi kurang dianggap penting. Sebagai contoh, di Amerika Syarikat, hanya sekoi proso yang digunakan dan itupun ditanam untuk dijadikan makanan burung.[1]

Sementara sekoi dianggap asli di kebanyakan tempat di seluruh dunia, dipercayai yang ia mempunyai usul evolusi dari kawasan tropika Afrika barat, yang boleh didapati tumbuh secara meluas sama ada liar mahupun ditanam.[3] Sekoi menjadi makanan ruji yang penting dalam sejarah manusia, terutamanya di Asia dan Afrika. Ia mula ditanam di Asia Timur sejak 10,000 tahun yang silam.[4]

  1. ^ a b McDonough, Cassandrea M.; Rooney, Lloyd W.; Serna-Saldivar, Sergio O. (2000). "The Millets". Food Science and Technology: Handbook of Cereal Science and Technology. CRC Press. 99 2nd ed: 177–210.
  2. ^ a b "Annex II: Relative importance of millet species, 1992–94". The World Sorghum and Millet Economies: Facts, Trends and Outlook. Food and Agriculture Organization of the United Nations. 1996. ISBN 92-5-103861-9.
  3. ^ "Sorghum and millet in human nutrition". Food and Agriculture Organization of the United Nations. 1995.
  4. ^ Lu, H; Zhang, J; Liu, KB; Wu, N; Li, Y; Zhou, K; Ye, M; Zhang, T; dll. (2009). "Earliest domestication of common millet (Panicum miliaceum) in East Asia extended to 10,000 years ago". Proceedings of the National Academy of Sciences of the United States of America. 106 (18): 7367–72. doi:10.1073/pnas.0900158106. PMC 2678631. PMID 19383791.

Previous Page Next Page






Manna (graan) AF Hirse ALS Millo AN دخن Arabic Miyu AST داری AZB Тары BA Brein BAR Просо Bulgarian জোয়ার-বাজরা-রাগি Bengali/Bangla

Responsive image

Responsive image