Selo ([sé.lo]; Jawi: سيلو ) ialah sejenis alat muzik bertali seperti biola. Panjangnya yang setinggi manusia menonjolkannya dalam keluarga alat muzik biola. Cara mainnya sama seperti biola iaitu dengan menggesek tali sambil sebelah tangan lagi menekan-nekan tali di atas lehernya. Julat bunyi selo adalah yang paling rendah dalam rangkuman alat sekeluarganya. Selo banyak digunakan sama ada dalam persembahan solo, muzik kamar dan juga asas bunyi orkestra moden.
Selo paling erat terkait dengan muzik klasik Eropah. Ia adalah sebahagian dari barisan alat lazim dalam orkestra, penyumbang suara bas dalam sebuah kuartet gesek serta banyak kelompok muzik kamar. Sejumlah besar konserto dan sonata telah digubah untuknya. Alat musik ini kurang lazim dalam muzik pop, tetapi kadang-kadang ditampilkan dalam rakaman-rakaman pop dan rock.