Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


Senapang patah

Askar-askar Amerika Syarikat dalam latihan yang dilengkapi senapang patah.

Senapang patah (Jawi: سناڤڠ ڤاته; bahasa Inggeris: shotgun) ialah senjata api yang biasanya dirancang untuk ditembakkan dari bahu, yang menggunakan tenaga dari sebuah selongsong berbentuk silinder dan menembakkan sejumlah patah bulat kecil / gotri (bola timah kecil), atau sebuah projektil gotri padat. Senapang patah dapat ditemui dalam pelbagai ukuran, bermula daripada diameter lubang laras 5.5 mm (0.22 inci) sehingga 5 cm (2 inci), dan dalam pelbagai mekanisme operasi senjata api, termasuk breechloading (pengisian peluru secara sungsang / dari belakang), laras-tunggal, laras-ganda atau senjata kombinasi, aksi-pompa, aksi-baut, aksi-tuas, semi-automatik, malahan varian automatik penuh.

Sebuah senapang patah umumnya merupakan senjata api smoothbore (lubang laras halus), yang bermaksud bahawa bagagian dalam laras tidak mengalami proses rifling (pengaluran spiral di dalam lubang laras). Contoh senjata api lubang halus versi sebelumnya adalah senapan musket yang digunakan secara meluas oleh para tentara perang dalam abad ke-18. Nenek moyang senapang ini, pemuras, yang diisi dari depan dengan serbuk mesiu dan peluru gotri, juga digunakan dalam pelbagai peranan serupa, mulai dari pertahanan diri sehingga pengendalian huru-hara. Senapang ini sering digunakan oleh pasukan pasukan berkuda kerana panjangnya yang umumnya lebih pendek dan kemudahan penggunaan, dan oleh pemandu kereta kuda kerana daya tembaknya yang besar. Namun pada abad ke-19, sebahagian besar senjata-senjata ini digantikan di medan perang dengan senjata api jenis breechloading (pengisian sungsang), yang lebih tepat untuk sasaran jauh. Senapang patah ditemui kembali nilai ketenteraannya dalam Perang Dunia I, ketika Pasukan Penjelajahan Amerika yang dihantar ke Eropah menggunakan senapang patah aksi-pompa 12-tolok dalam Peperangan Parit yang merupakan pertempuran jarak dekat dengan efek yang memuaskan. Sejak itu, senapang patah telah diaplikasikan dalam plbagai peranan seperti keamanan awam, undang-undang, dan ketenteraan.

Kor Marin Amerika Syarikat menembakkan senapang patah Benelli M4 ketika latihan di Arta, Djibouti, 23 Disember 2006.

Gotri-gotri kecil yang ditembakkan dari senapang patah bergerak meluas setelah meninggalkan moncong laras, dan kekuatan dari ledakan mesiu terbahagi ke gotri-gotri tersebut, yang bermaksud bahawa tenaga dari setiap bola gotri yang ditembak tersebut cukup rendah. Dalam istilah berburu, sifat menyebarnya gotri ini membuatkan senapang patah berguna terutama untuk berburu burung dan binatang buruan kecil lainnya. Namun, dalam istilah ketenteraan atau perundangan, kebanyakan projektil gotri membuat senapang patah berguna untuk pertempuran jarak dekat atau senjata pertahanan. Senapang patah juga digunakan untuk sukan menembak sasaran seperti bidik skit, bidik jebakan, dan bidik lempar yang melibatkan menembak cakram tanah liat yang dilempar dengan berbagai cara.


Previous Page Next Page






شوزن Arabic Escopeta AST Paskisikan ATJ Стрэльба BE Bedil pulungan BEW Пушка (за сачми) Bulgarian শটগান Bengali/Bangla Escopeta Catalan Brokovnice Czech Пăшал CV

Responsive image

Responsive image