Raja-raja Melayu memainkan peranan penting dalam sejarah, perlembagaan, dan institusi kerajaan Melayu di Nusantara. Malaysia, sebagai sebuah negara berdaulat, mengekalkan institusi Raja sebagai tonggak sistem pemerintahannya. Mengikut takrif "Raja" di bawah Fasal 2 Perkara 160 Perlembagaan Persekutuan, Malaysia mempunyai 14 orang Raja. Namun, hanya 9 Raja dari negeri-negeri beraja yang menjadi Ahli Majlis Raja-Raja.
Bagi Negeri Sembilan, keadaan unik berlaku kerana ia mempunyai enam Raja, iaitu Yang di-Pertuan Besar dan empat Undang Luak (Sungai Ujong, Jelebu, Johol, dan Rembau), serta Tunku Besar Tampin dan hanya Yang di-Pertuan Besar dilantik oleh baginda sekalian mewakili Negeri Sembilan ke Majlis Raja-Raja. Sebelum pembentukan Malaysia, Negeri Sembilan adalah gabungan negeri-negeri kecil yang membentuk sebuah konfederasi. Raja-Raja ini kekal berkuasa di wilayah masing-masing, yang dikenali sebagai luak, hingga ke hari ini dan mempuyai kuasa sebagaimana Raja-Raja di Negeri-Negeri lain.