Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


Senarai tempur

Dalam penggunaan moden, istilah senarai tempur atau susunan tempur (order of battle) sesebuah angkatan tentera yang terlibat dalam operasi atau kempen ketenteraan menunjukkan organisasi hierarki, struktur pemerintahan, kekuatan, penyusunan anggota, dan kelengkapan unit dan formasi-formasi angkatan tentera. Pelbagai singkatan order of battle sedang digunakan, seperti OOB, O/B, atau OB, namun ORBAT kekal lazim digunakan di United Kingdom. Sesuatu senarai tempur perlu dibezakan dari jadual organisasi, yang merupakan komposisi yang dicadangkan bagi unit atau formasi mengikut doktrin tentera angkatan bersenjatanya. Apabila operasi kombat berkembang semasa berlakunya kempen, senarai tempur boleh disemak dan diubah sebagai tindak balas pada keperluan tentera dan cabaran. Dan juga butiran jelas sesebuah senarai tempur mungkin berubah sewaktu melaksanakan laporan tindakan susulan komander dan/atau kaedah pengiraan lain (contoh penghantaran) sepertimana penilaian kombat dijalankan.


Previous Page Next Page