Centaurus | |
---|---|
Buruj | |
Nama Latin | Centaurus |
Singkatan | Cen |
Genitif | Centauri |
Sebutan | /sentaur, genitif /sentauri/ |
Simbolisme | Sentaur |
Pencerapan | |
(Epok J2000) | |
11j 05m 20.9415s–15j 03m 11.1071s[1] | |
Keserongan | −29.9948788°–−64.6957885°[1] |
Keluarga | Hercules |
Keluasan | 1060 darjah persegi (ke-9) |
Bintang | |
Bintang utama | 11 |
69 | |
Bintang dengan planet | 15 |
Bintang terang (lebih daripada 3.00m) | 10 |
Bintang dalam 10.00 pc (32.62 ly) | 8 |
Bintang paling terang | α Cen (−0.27m) |
Bintang terhampir | Proxima Centauri (α Cen C) (4.24 tc, 1.30 pc) |
Objek | |
Objek Messier | 0 |
Pancuran meteor | |
Buruj bersempadan | |
Catatan | |
Boleh dilihat pada garis lintang antara +25° dan −90°. Penglihatan terbaik pada jam 21:00 (9:00 malam) ketika bulan Mei. | |
sunting |
Sentaur, Sentora, atau Centaurus (Cen) ialah sebuah buruj cerah di langit selatan. Sebagai salah sebuah buruj yang terbesar, Centaurus disertakan sesama 48 buah buruj yang disenaraikan oleh ahli astronomi abad ke-2, Ptolemy, dan kekal sebagai salah sebuah daripada 88 buah buruj moden. Dalam mitologi Yunani, Centaurus mewakili sentaur; makhluk yang separuh manusia, separuh kuda (lagi sebuah buruj yang dinamai sempena sentaur ialah yang daripada zodiak: Sagittarius (Pemanah). Bintang-bintang ketara termasuklah Alpha Centauri, sistem bintang terdekat dengan Sistem Suria kita, jiranya di langit, Beta Centauri, dan V766 Centauri, salah sebuah bintang terbesar yang telah ditemui. Buruj ini juga mengandungi Omega Centauri, gugusan glob tercerah seperti yang terlihat dari Bumi dan yang terbesar yang diketahui.