Seratus Hari | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Sebahagian daripada Perang Napoleon | |||||||
The Battle of Waterloo, oleh William Sadler II | |||||||
| |||||||
Pihak yang terlibat | |||||||
Campuran Ketujuh: Empayar Rusia Prusia United Kingdom Hanover Nassau Brunswick Sweden Kesatuan Netherlands Sepanyol Portugal Sardinia Sicily Tuscany Setiaraja Perancis |
Empayar Perancis Naples | ||||||
Komandan dan pemimpin | |||||||
Duke dari Wellington Gebhard von Blücher Frederick Bianchi |
Napoleon I dari Perancis Marquis de Grouchy Joachim Murat | ||||||
Kekuatan | |||||||
800,000 – 1,000,000[1] | 280,000[1] | ||||||
Kerugian dan korban | |||||||
45,825+ terbunuh, cedera, atau ditawan[perlu rujukan] | 68,000+ terbunuh, cedera, ditawan, atau hilang[perlu rujukan] |
Seratus Hari,[2] kadang kala dikenali sebagai Seratus Hari bagi Napoleon atau Seratus Hari Napoleon menandakan satu tempoh di antara kepulangan Maharaja Napoleon I dari Perancis dari buangan di Elba ke Paris pada 20 Mac, 1815 dan pengembalian semula Raja Louis XVIII buat kali kedua pada 8 Julai, 1815 (tempoh selama 111 hari).[3] Tempoh ini berlakunya Perang Campuran Ketujuh, dan termasuk Kempen Waterloo[4] dan Perang Neapolit. Frasa les Cent Jours telah pertama kali digunakan oleh pengawas dari Paris, Gaspard, comte de Chabrol, dalam ucapan selamat datang kepada Raja.
Napoleon pulang sewaktu Kongres Vienna sedang bersidang. Pada 13 Mac, tujuh hari sebelum Napoleon tiba di Paris, kuasa-kuasa di Kongres Vienna mengistiharkan beliau seorang penjenayah; empat hari kemudian United Kingdom, Rusia, Austria dan Prusia, ahli-ahli dalam Campuran Ketujuh, berjanji akan menyumbangkan 150,000 tentera dari setiap negara ke medan perang bagi menamatkan pemerintahan beliau.[5] Kejadian ini menjadi pentas untuk konflik terakhir dalam Perang Napoleon, iaitu kekalahan Napoleon dalam Pertempuran Waterloo,[6] pengembalian semula keberajaan Perancis untuk kali kedua dan pembuangan kekal Napoleon ke pulau yang jauh di Saint Helena, di mana beliau meninggal dunia pada bulan Mei 1821.