Seremban
Soghomban Sungai Ujong | |
---|---|
Bandaraya Seremban | |
Transkripsi Lain-lain | |
• Jawi | سرمبن |
Jalan Dato' Bandar Tunggal | |
Nama panggilan: S'ban, Bandaraya Beradat | |
Cogan kata: Mampan, Bersih, Sejahtera | |
![]() Lokasi Seremban di Negeri Sembilan | |
Koordinat: 02°43′20″N 101°56′30″E / 2.72222°N 101.94167°EKoordinat: 02°43′20″N 101°56′30″E / 2.72222°N 101.94167°E | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Negeri Sembilan |
Daerah | Daerah Seremban |
Luak | Sungai Ujong |
Ditubuhkan | 1840 |
Diiktiraf status bandaraya | 20 Januari 2020 |
Pentadbiran | |
• Ditadbir oleh | Majlis Bandaraya Seremban |
• Datuk Bandar | Masri Razali |
Keluasan | |
• Bandar raya, ibu negeri dan ibu daerah | 959 km2 (370 batu persegi) |
• Metro | 2,980 km2 (1,150 batu persegi) |
Aras | 79 m (259 ft) |
Penduduk (2010)[2] | |
• Bandar raya, ibu negeri dan ibu daerah | 555,935 (Kesembilan) |
• Kepadatan | 489.00/km2 (1,266.51/batu persegi) |
• Metro | 806,920 [1] |
• Demonim | Orang Seremban |
Zon waktu | UTC+8 (MST) |
• Musim panas (DST) | Tidak tersedia |
Poskod | 70xxx to 75xxx |
Waktu suria | UTC + 06:46:48 |
Kod panggilan kebangsaan | 06 |
Nombor plat | Nxx (untuk semua kenderaan termasuk teksi) |
ISO 3166-2 | MY-14 |
Laman sesawang | www |
Seremban (sebutan dalam loghat tempatan: Soghomban atau Somban; Jawi: سرمبن ) adalah sebuah bandar raya yang terletak di Negeri Sembilan, Semenanjung Malaysia. Terletak dalam daerah Seremban, Seremban merupakan ibu negeri bagi Negeri Sembilan, dan juga merupakan bandar terbesar di negeri itu. Pentadbiran bandar raya dikelolai oleh Majlis Bandaraya Seremban.
Seremban merupakan salah satu lokasi di dalam koridor Lembah Wawasan Malaysia, iaitu sebuah kawasan pembangunan yang meliputi bahagian barat Negeri Sembilan dari Nilai di utara sehingga Port Dickson di selatan. Terletak kira-kira 68 km ke selatan ibu negara Kuala Lumpur, 58 km ke selatan pusat pentadbiran kerajaan persekutuan Putrajaya dan 46 km dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Seremban juga merupakan sebahagian daripada kawasan Konurbasi Pertumbuhan Nasional (NGC) dan Kuala Lumpur Raya (Inggeris: Greater Kuala Lumpur).