Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


Serie A

Serie A
NegaraItali
KonfederasiUEFA
Ditubuhkan1898 (1898)
1929 (1929) (Kini)
Bilangan pasukan20 (sejak 2004–05)
Disingkirkan keSerie B
ArasTahap 1
Piala domestik
Piala antarabangsa
Juara semasaInter Milan (Kejuaraan ke-20) (2023–24)
Kejuaraan terbanyakJuventus (Kejuaraan ke-36)
Penampilan terbanyak
Penjaring gol terbanyakSilvio Piola (274)
Rakan TVItali DAZN
MalaysiaSingapuraIndonesiaBrunei beIN Sports
Tapak sesawanglegaseriea.it
Serie A 2024–25

Serie A (secara rasmi dikenali sebagai Lega Calcio Serie A TIM merupakan bahagian teratas dalam liga bola sepak Itali. Serie A mempunyai 20 pasukan sejak musim 2004-05 (sebelumnya 18). Tiga kelab terbawah akan diturunkan ke Serie B, dan digantikan oleh tiga kelab teratas dari divisyen tersebut.

Serie A, dalam bentuknya seperti ketika ini, bermula semenjak tahun 1929. Sebelumnya dari 1898 hingga 1929, kejohanan ini dibahagikan kepada beberapa kumpulan berdasarkan wilayah. Pada tahun 1927 tidak ada pasukan yang diberikan gelaran juara setelah Torino dilucutkan gelarannya oleh Persekutuan Bola Sepak Itali (FIGC). Torino ditabalkan sebagai juara bagi musim 1948/1949 setelah sebuah kecelakaan pesawat menjelang akhir musim yang meragut nyawa seluruh anggota pasukan.

Kejayaan menjadi juara biasanya disebut sebagai scudetto (perisai kecil) kerana pasukan juara akan memakai sebuah lambang kecil dengan bendera Itali pada jersi mereka pada musim berikutnya.

Kelab yang paling berjaya ialah Juventus dengan gelaran juara sebanyak 27 kali, diikuti Internazionale (18) dan AC Milan (17), Genoa 1893 (9).


Previous Page Next Page






Serie A AF Serie A (Italia) AN الدوري الإيطالي Arabic سيريا أ ARY دورى ايطاليا درجه أ ARZ İtaliya A Seriyası AZ سری آ AZB Serie A BAN Серыя A BE Сэрыя А BE-X-OLD

Responsive image

Responsive image