Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat | |
---|---|
United States Secretary of Defense | |
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat Pejabat Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat | |
Gelaran | Tuan Setiausaha (Tuan Secretary) |
Anggota bagi | Kabinet Amerika Syarikat |
Lapor kepada | Presiden Amerika Syarikat |
Bidang kuasa | Amerika Syarikat |
Institusi | Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat |
Pusat | The Pentagon Kaunti Arlington, Virginia |
Dilantik oleh | Presiden Amerika Syarikat atas nasihat dan persetujuan Senat |
Tempoh jawatan | Tiada tempoh ditetapkan |
Surat cara pembentukan | Kanun Amerika Syarikat 10 § 113 Kanun Amerika Syarikat 50 § 401 |
Pelopor | Setiausaha Perang Amerika Syarikat |
Dibentuk | 19 September 1947 |
Penggantian | Tempat ke-6 dalam susunan penggantian presiden |
Timbalan/naib | Naib Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat |
Gaji | Executive Schedule : level 1[1] |
Tapak web | www.defense.gov |
sunting · sunting di Wikidata |
Setiausaha Pertahanan ( Bahasa Inggeris : Secretary Of Defense ; singkatan : SecDef ) merupakan ketua Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat, berhubung dengan khidmat ketenteraan dan dan hal-ehwal ketenteraan termasuk Angkatan Tentera Amerika Syarikat bersamaan dengan Menteri Pertahanan di negara lain. Setiausaha dilantik oleh Presiden Amerika Syarikat dengan persetujuan Senat Amerika Syarikat, dan juga merupakan ahli kepada Kabinet Ameika Syarikat.
Menurut statut, setiausaha itu harus merupakan orang awam yang tidak pernah berkhidmat dalam komponen aktif Angkatan Tentera Amerika Syarikat sejak sekurang-kurangnya sepuluh tahun (Kanun Amerika Syarikat 10, Seksyen 113 - Perhatikan bahawa Kongres telah meluluskan sebuah undang-undang yang membenarkan George Marshall dilantik pada tahun 1950, walaupun beliau hanya menjadi orang awam sejak tahun 1945).
Setiausaha Pertahanan berkedudukan tempat keenam dalam susunan penggantian Presiden Amerika Syarikat