Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


Shaheizy Sam

Shaheizy Sam
Kelahiran
Shaheizy Sam bin Abdul Samad

(1982-09-04) 4 September 1982 (umur 42)
Pekerjaan
  • Pelakon
  • penyanyi
  • penerbit
Tahun aktif1995–kini
Ketinggian1.70 m (5 ka ​6 78 in)
PasanganSyatilla Melvin (k. 2016)
Anak-anak3
IbuKhaty Fauziah
BapaAbdul Samad Jaaman
Saudara
  • Ad Samad Komposer(abang Tiri)
  • Ahmad Shah Al-Jeffry@Jeff A To Z(abang)
  • Zizie Ezette (kakak)
  • Shamzy Fuzette Samad(abang)
  • Bung Mokhtar Radin (abang Ipar)
  • Jozieta Ronalie Abdul Samad (kakak)

Shaheizy Sam bin Abdul Samad (lahir 4 September 1982) ialah seorang pelakon lelaki Malaysia[1] yang menempa nama sebagai pelakon remaja pada era 1990-an. Beliau membuat kemunculan pertamanya dalam bidang lakonan pada 1995 menerusi filem Sama Tak Serupa bersama Aznil Nawawi sebelum melonjak naik dalam bidang perfileman melalui filem kontroversi Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam (2009) dan filem aksi komedi Adnan Sempit (2010-14). Sam telah berlakon dalam beberapa filem pecah panggung termasuk Jangan Pandang Belakang Congkak (2009), Evolusi KL Drift 2 (2010), Kongsi (2011), Sekali Lagi (2011), Bini-Biniku Gangster (2011), Songlap (2011), SAM: Saya Amat Mencintaimu (2012), Mamak Cupcake (2014),[2][3] Polis EVO (2015-23),[4] Interchange (2016), Pinjamkan Hatiku (2017) dan MALBATT: Misi Bakara (2023). Selain berlakon filem, Sam telah muncul dalam beberapa drama televisyen seperti Kasanova XXL (2009), Impak Maksima the Series (2009), Adnan Sempit the Series (2010-11),[5] Kisah Cinta (2013), Aku Bukan Bimbo (2016) dan lain-lain lagi. Beliau memulakan kerjaya muziknya pada 1998 dengan menganggotai kumpulan M.O.B sehingga pembubaran mereka.

Sepanjang kerjayanya dalam bidang lakonan, Sam telah bekerjasama dengan ramai rakan seangkatannya, termasuk Syamsul Yusof, Farid Kamil, Lisa Surihani, Yana Samsudin dan Intan Ladyana. Beliau telah menerima pelbagai anugerah dan pencalonan dalam televisyen, filem dan platform lain, termasuk dua pencalonan bagi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-22 (menerusi Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam) dan ke-23 (menerusi Evolusi KL Drift 2), serta memenangi Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-24, beliau turut memenangi Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014.[6] Anugerah lain yang diraih oleh beliau termasuk Anugerah Shout!, Anugerah Skrin, Anugerah Blokbuster, Anugerah Pilihan Pembaca Media Hiburan dan Anugerah Lawak Warna. Pada Jun 2018, Harian Metro menyenaraikan beliau sebagai salah seorang dari 10 pelakon popular yang meraih pengiktirafan di peringkat global.[7]

  1. ^ "Sam ingin beraksi di Hollywood". Kosmo!. 17 September 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-04-27. Dicapai pada 26 April 2017.
  2. ^ Kemalia Othman (4 September 2014). "Shaheizy Sam Penyelamat 'Mamak Cupcake'". mSTAR Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-07-30. Dicapai pada 26 September 2014.
  3. ^ Aqmar Mustaza (30 Ogos 2014). "Bila Mamak & Cupcake bersatu". Sinar Harian. Dicapai pada 26 September 2014.
  4. ^ Eddino Abdul Hadi (6 July 2016). "Malaysian star plays cop again in upcoming film". The Straits Times. Dicapai pada 26 April 2017.
  5. ^ Feride Hikmet Atak (13 April 2010). "Sam rasa nak pecah kepala!". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-04-28. Dicapai pada 26 April 2017.
  6. ^ Zaidi Mohamad (7 April 2015). "Emosi Shaheizy Sam di ABPBH 20146". Berita Harian. Dicapai pada 8 April 2015.
  7. ^ Amirul Haswendy Ashari (30 Jun 2018). "Harum di pentas dunia". Harian Metro. Dicapai pada 30 Jun 2018.

Previous Page Next Page






شاهيزي سام Arabic شاهيزى سام ARZ Shaheizy Sam German Shaheizy Sam English Shaheizy Sam ID Shaheizy Sam Turkish Shaheizy Sam VI

Responsive image

Responsive image