Shigeru Ishiba | |
---|---|
石破 茂 | |
Perdana Menteri Jepun | |
Menyandang jawatan 1 Oktober 2024 | |
Raja | Naruhito |
Didahului oleh | Fumio Kishida |
Presiden Parti Demokratik Liberal | |
Menyandang jawatan 27 September 2024 | |
Naib Presiden | Yoshihide Suga |
Setiausaha Agung | Hiroshi Moriyama |
Didahului oleh | Fumio Kishida |
Menteri Mengatasi Penurunan Penduduk dan Memanfaatkan Ekonomi Tempatan | |
Dalam jawatan 3 September 2014 – 3 Ogos 2016 | |
Perdana Menteri | Shinzō Abe |
Didahului oleh | Jawatan dicipta |
Digantikan oleh | Kozo Yamamoto |
Setiausaha Agung Parti Demokratik Liberal | |
Dalam jawatan 26 September 2012 – 3 September 2014 | |
Perdana Menteri | Shinzō Abe |
Didahului oleh | Kosuke Hori |
Digantikan oleh | Sadakazu Tanigaki |
Menteri Pertanian, Perhutanan dan Perikanan | |
Dalam jawatan 24 September 2008 – 16 September 2009 | |
Perdana Menteri | Tarō Asō |
Didahului oleh | Nobutaka Machimura Pemangku |
Digantikan oleh | Hirotaka Akamatsu |
Menteri Pertahanan | |
Dalam jawatan 26 September 2007 – 1 Ogos 2008 | |
Perdana Menteri | Yasuo Fukuda |
Didahului oleh | Masahiko Kōmura |
Digantikan oleh | Yoshimasa Hayashi |
Ketua Pengarah Agensi Pertahanan Jepun | |
Dalam jawatan 30 September 2002 – 27 September 2004 | |
Perdana Menteri | Junichiro Koizumi |
Didahului oleh | Gen Nakatani |
Digantikan oleh | Yoshinori Ohno |
Ahli Dewan Perwakilan | |
Menyandang jawatan 8 Julai 1986 | |
Kawasan pilihan raya | Daerah Tottori Besar (1986-1996) Daerah Tottori ke-1 (1996-kini) |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Yazu, Tottori, Jepun | 4 Februari 1957
Parti politik | Demokratik Liberal (1986–1993; 1997-kini) |
Gabungan politik lain | Nippon Kaigi[A] Parti Pembaharuan Jepun (1993–1994) Parti Barisan Baru (1994–1996) Bebas (1996–1997) |
Pasangan | Yoshiko Ishiba (k. 1983) |
Ibu bapa | Jirō Ishiba (ayah) |
Saudara | Ichizō Ishiba (datuk) |
Pendidikan | Sekolah Tinggi Senior Keio |
Tempat belajar | Universiti Keio (LLB) |
Tandatangan | |
Laman web | Laman web rasmi |
A. ↑ Nippon Kaigi ialah bukan parti politik tetapi kumpulan melobi | |
Shigeru Ishiba (Bahasa Jepun: 石破 茂, Ishiba Shigeru, lahir 4 Februari 1957) ialah seorang ahli politik Jepun yang kini berkhidmat sebagai Perdana Menteri Jepun dan presiden Parti Demokratik Liberal (LDP) sejak 2024.[1][2][3] Beliau sebelum ini pernah berkhidmat dalam pelbagai jawatan kementerian di bawah pentadbiran Yasuo Fukuda, Taro Aso dan Shinzo Abe serta sebagai Setiausaha Agung LDP. Ishiba telah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Perwakilan Jepun sejak 1986.
Ishiba berkhidmat sebagai Ketua Pengarah Agensi Pertahanan Jepun di bawah Perdana Menteri Junichiro Koizumi dari tahun 2002 hingga 2004. Beliau adalah Menteri Pertahanan di bawah Yasuo Fukuda dari tahun 2007 hingga 2008 dan Menteri Pertanian, Perhutanan dan Perikanan di bawah Tarō Asō dari tahun 2008 hingga 2009. LDP kehilangan majoriti pada 2009, menjadikan mereka sebagai Pembangkang. Ishiba mengetuai Heisei-Kenkyukai (bahagian faksi parti yang diketuai oleh Fukushiro Nukaga) sehingga tahun 2011. [4]
Pada 2012, beliau berusaha untuk mencabar Ketua Pembangkang Sadakazu Tanigaki untuk menjadi presiden LDP, tetapi dikalahkan oleh bekas Perdana Menteri Shinzō Abe. Dia menerima jawatan Setiausaha Agung LDP pada 27 September 2012. Dari 3 September 2014 [5] hingga 3 Ogos 2016, dia bertugas di kabinet sebagai menteri yang mengawasi revitalisasi ekonomi dan dasar-dasar yang bertujuan untuk membalikkan kadar penurunan penduduk.
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama bhpm
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama bhspm