Abe Shinzō | |
---|---|
安倍 晋三 | |
Perdana Menteri Jepun | |
Dalam jawatan 26 Disember 2012 – 16 September 2020 | |
Raja | Akihito Naruhito |
Timbalan | Tarō Asō |
Didahului oleh | Yoshihiko Noda |
Digantikan oleh | Yoshihide Suga |
Dalam jawatan 26 September 2006 – 26 September 2007 | |
Raja | Akihito |
Didahului oleh | Junichirō Koizumi |
Digantikan oleh | Yasuo Fukuda |
Presiden Parti Demokratik Liberal | |
Dalam jawatan 26 September 2012 – 14 September 2020 | |
Timbalan | Masahiko Kōmura |
Didahului oleh | Sadakazu Tanigaki |
Digantikan oleh | Yoshihide Suga |
Dalam jawatan 20 September 2006 – 26 September 2007 | |
Didahului oleh | Junichiro Koizumi |
Digantikan oleh | Yasuo Fukuda |
Ketua Pembangkang | |
Dalam jawatan 26 September 2012 – 26 Disember 2012 | |
Perdana Menteri | Yoshihiko Noda |
Didahului oleh | Sadakazu Tanigaki |
Digantikan oleh | Banri Kaieda |
Ketua Setiausaha Kabinet | |
Dalam jawatan 31 Oktober 2005 – 26 September 2006 | |
Perdana Menteri | Junichiro Koizumi |
Didahului oleh | Hiroyuki Hosoda |
Digantikan oleh | Yasuhisa Shiozaki |
Ahli Dewan Perwakilan | |
Dalam jawatan 19 Julai 1993 – 8 Julai 2022 | |
Maklumat peribadi | |
Lahir | 安倍晋三 (Abe Shinzō ) 21 September 1954 Tokyo, Jepun |
Mati | 8 Julai 2022 Kashihara, Nara, Jepun | (umur 67)
Cause of death | Pembunuhan oleh tembakan |
Parti politik | Parti Demokratik Liberal |
Pasangan | Akie Matsuzaki (k. 1987) |
Kediaman | Kediaman Rasmi Perdana Menteri (Kantei) di Tokyo |
Tempat belajar | Universiti Seikei |
Shinzō Abe (安倍 晋三 , Abe Shinzou, 21 September 1954 – 8 Julai 2022) merupakan bekas Perdana Menteri Jepun. Beliau terpilih sebagai Perdana Menteri Jepun oleh satu sesi khas Diet Kebangsaan pada 26 September 2006. Beliau ialah perdana menteri Jepun pertama yang lahir selepas Perang Dunia Kedua.[1] Abe dilahirkan dalam keluarga yang begitu bergiat dalam politik, dan beliau sendiri belajar dalam jurusan sains politik di Jepun dan di Amerika Syarikat. Beliau bekerja di sektor swasta sehingga tahun 1982 di mana beliau menyertai sektor awam.
Pada 1993 beliau memenangi pilihan raya di Wilayah Yamaguchi seterusnya dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kabinet di bawah pimpinan Perdana Menteri, Junichiro Koizumi pada September 2005. Pada September 2006, beliau menggantikan Koizumi sebagai Presiden Parti Demokratik Liberal (LDP) dan seterusnya dipilih oleh Diet Kebangsaan untuk dilantik menjawat jawatan Perdana Menteri Jepun yang bahru. Ketika itu, beliau berusia 52 tahun merupakan antara Perdana Menteri Jepun yang termuda yang lahir selepas Perang Dunia Kedua. Abe mengumumkan perletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Jepun setahun kemudian akibat penyakit kolitis ulseratifnya. Tempatnya dipangku sementara oleh Yosuo Fukuda. Selepas disahkan telah sembuh dari penyakit, Abe kembali semula ke arena politik. Beliau berjaya menewaskan Menteri Pertahanan Jepun ketika itu, Shigeru Ishiba untuk merebut jawatan Presiden LDP. Akhirnya, Abe berjaya dipilih sebagai Presiden parti buat kali kedua pada September 2012. Kemenangan LDP pada pilihan raya umum 2012, menjadikan beliau dilantik semula sebagai Perdana Menteri Jepun buat kali kedua. LDP juga memenangi pilihan raya umum pada tahun 2014 dan 2017 dan beliau masih kekal sebagai Presiden LDP dan juga Perdana Menteri Jepun.
Pada 28 Ogos 2020, Abe mengumumkan pengundurannya yang belum selesai sebagai Perdana Menteri, dengan alasan serangan semula sejarah penyakit silamnya iaitu kolitis ulseratif. Beliau tetap memangku jawatan ini sehingga LDP memilih penggantinya.[2][3] Beliau digantikan oleh Ketua Setiausaha Kabinet Yoshihide Suga selepas pemilihan kepimpinan LDP pada 14 September 2020 dan meletak jawatan secara formal pada 16 September 2020.
Abe telah dibunuh pada 8 Julai 2022 sekitar 11:30 pagi JST semasa menyampaikan ucapan kempen di Nara dua hari sebelum pilihan raya Dewan Kaunselor. Beliau dilaporkan jantungnya terhenti dan tidak menunjukkan sebarang tanda penting betul-betul selepas penembakan.[4] Pihak polis menahan penembak yang didakwa, Tetsuya Yamagami berumur 41 tahun, atas cubaan membunuh.[5] Abe mati akibat lukanya pada tengah hari kemudian pada hari yang sama di Universiti Perubatan Nara. Abe ialah bekas perdana menteri Jepun keenam yang dibunuh.[6][7]