Siddiq Fadzil | |
---|---|
Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Sains Islam Malaysia | |
Dalam jawatan 1 Oktober 2018 – 31 Ogos 2021 | |
Didahului oleh | Dzulkifli Abdul Razak |
Digantikan oleh | Zulkifli Mohamad Al-Bakri |
Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia | |
Dalam jawatan 1983–1991 | |
Didahului oleh | Anwar Ibrahim |
Digantikan oleh | Muhammad Nor Manuty |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Sidek bin Fadzil 4 Januari 1947 Kampung Sungai Tiang Darat, Bagan Datoh, Perak Darul Ridzuan |
Mati | 31 Ogos 2021 Hospital Pakar An-Nur, Bandar Baru Bangi, Selangor | (umur 74)
Tempat semadi | Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Ramal Dalam, Kajang, Selangor |
Pasangan | Ustazah Datin Dr. Siti Zulaikha Mohd Nor |
Anak | 7 orang (termasuk Fadhlina Sidek) |
Kediaman | Sungai Ramal Dalam, Kajang, Selangor |
Pendidikan | Doktor Falsafah Kebudayaan Melayu dan Falsafah Islam |
Tempat belajar | Universiti Kebangsaan Malaysia Universiti Malaya |
Prof. Dato' Dr. Siddiq bin Fadzil (4 Januari 1947 – 31 Ogos 2021) dilahirkan di Bagan Datoh, Perak dan berasal dari keluarga keturunan Jawa. Sebelum meninggal, beliau menetap di Sungai Ramal, Kajang, Selangor. Siddiq Fadzil merupakan seorang ahli akademik dan aktivis pendidikan di Malaysia. Beliau juga merupakan Presiden Wadah Pencerdasan Ummah Malaysia (WADAH) sejak 2005 sehingga 2015.