Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors.
Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Responsive image


Sijil Pelajaran Malaysia

Contoh Sijil Keputusan SPM
Contoh muka hadapan bagi kertas Bahasa Melayu Sijil Pelajaran Malaysia
Contoh kod QR calon peperiksaan SPM 2022

Sijil Pelajaran Malaysia atau SPM ialah sejenis peperiksaan yang dianjurkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Usia purata pelajar semasa mengambil SPM ini ialah 17 tahun, iaitu semasa Tingkatan 5[1]. Ia merupakan ujian terakhir pendidikan sekolah menengah[2].

SPM merupakan syarat untuk pelajar di Malaysia untuk menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti.[3][4] Pelajar mempunyai pilihan sama ada untuk mengambil STPM[5], Matrikulasi[6][7] atau Asasi. Pelajar juga boleh mengambil kursus luar negara seperti A-level.[8]

Untuk peperiksaan SPM mulai tahun 2021, Kementerian Pendidikan Malaysia mula menggunakan format baharu KSSM menggantikan format lama KBSM[9][10][11]. Bagi kertas Bahasa Inggeris pula, Kementerian Pendidikan mula menjajarkan format peperiksaan Bahasa Inggeris agar sejajar dengan Common European Framework of Reference (CEFR)[12] yang digunakan diperingkat antarabangsa.

  1. ^ "MAKLUMAT PENDAFTARAN PEPERIKSAAN SPMU DAN SPM" (PDF).
  2. ^ "SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM)". iphira.tripod.com. Dicapai pada 2024-09-21.
  3. ^ "Siakap Keli". siakapkeli.my. Dicapai pada 2024-09-20.
  4. ^ "Kepentingan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam Membentuk Masa Depan Pelajar - Education" (dalam bahasa Inggeris). 2023-11-26. Dicapai pada 2024-09-20.
  5. ^ Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia, 2024-05-21, dicapai pada 2024-09-20
  6. ^ Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia, 2024-07-17, dicapai pada 2024-09-20
  7. ^ Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia, 2024-07-17, dicapai pada 2024-09-20
  8. ^ "Halatuju Pendidikan Selepas SPM (Sijil Pelajaran Malaysia)". Info UPU. 2018-03-27. Dicapai pada 2024-09-20.
  9. ^ "SPM guna format baharu tahun depan | Berita Harian".
  10. ^ "Surat Siaran Lembaga Peperiksaan Bil. 4 Tahun 2020 : Format Instrumen Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Dan Ujian Pencapaian Bahasa Antarabangsa (UPBA) Mulai Tahun 2021 Bagi Mata Pelajaran Akademik Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM)". 20 March 2020.
  11. ^ "Format Baharu SPM 2021 Dan Manual Pentaksiran Mata Pelajaran". Info UPU. 2020-03-11. Dicapai pada 2024-09-20.
  12. ^ "SURAT SIARAN LEMBAGA PEPERIKSAAN BIL.1 TAHUN 2022 PERNYATAAN KEPUTUSAN MATA PELAJARAN BAHASA INGGERIS BAGI PEPERIKSAAN SPM MULAI TAHUN 2021" (PDF). 14 June 2022.

Previous Page Next Page