Artikel ini mengandungi maklumat berkenaan pesawat masa depan yang dijangka atau dirancang. Ia mungkin mengandungi maklumat awal atau spekulatif, dan mungkin tidak mencerminkan versi terakhir pesawat. |
CH-53K King Stallion | |
---|---|
| |
Peranan | Helikopter kargo kelas berat |
Negara pengeluar | Amerika Syarikat |
Pengeluar | Sikorsky Aircraft |
Diperkenalkan | 2015 (dijangka) |
Status | Sedang dibangunkan |
Pengguna utama | Kor Marin Amerika Syarikat |
Dibangunkan dari | CH-53E Super Stallion |
Sikorsky CH-53K King Stallion adalah sebuah helikopter kargo yang besar dan berkelas berat. Apabila memasuki perkhidmatan nanti, helikopter ini merupakan helikopter yang terbesar dan terberat yang dioperasikan oleh Angkatan Tentera Amerika Syarikat. CH-53K kini sedang dibangunkan oleh Sikorsky Aircraft untuk Kor Marin Amerika Syarikat. Ia akan dipasang dengan tiga enjin berkuasa 7,500 shp (5,590 kW), bilah-bilah rotor komposit baru dan kabin yang lebih lebar.